Jumaat, 17 Februari 2012

UPSI dan KUPU SB


Pihak Latihan Mengajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei yang telah menjalinkan kerjasama dengan pihak UPSI dengan mengadakan beberapa program kerjasama antara kedua-dua institusi pengajian tinggi ini. 

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, kerjasama antara kedua-dua pihak telah bermula daripada wujudnya Program Latihan Mengajar ke Brunei Darussalam. Selepas ini, akan berlaku lagi beberapa program hasil daripada kerjasama kedua-dua pihak ini, seperti Program Latihan Mengajar Pelajar-pelajar KUPU SB ke Negeri Perak Darul Ridzuan yang masih lagi berada dalam peringkat perbincangan.

Diharapkan selepas ini akan ada lebih banyak kerjasama antara kedua-dua UPSI dan KUPU SB. Semoga hubungan baik yang dijalinkan akan memberikan impak positif kepada kedua-dua pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan