Khamis, 16 Februari 2012

Agenda ULMI

Pada 23 Februari 2012 (Khamis), ULMI akan mengadakan Bengkel Perkongsian Kepakaran Bersama Pengetua Cemerlang dengan tajuk, Guru Cemerlang: Cabaran dan Resipi Kejayaan.

Bengkel ini akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu, Tuan Haji Rafiei bin Mustapha. Beliau merupakan bekas Pengetua Cemerlang dan pernah berkhidmat di beberapa sekolah dari Semenanjung Tanah Air sehinggalah ke Borneo. 

Sedikit sebanyak sumbangan yang telah beliau berikan semasa menjadi Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Kedit, Betong adalah seperti berikut:
Peralatan ICT melalui akaun EEP:
> Projektor
> OHP (Dynascan)
> Perisian QBank, IBank
> Digital Microscopes
> Digital Vision Viewer
Peruntukan Tingkatan 6 Rendah:
> Digital Kamera
Keceriaan Makmal Komputer A dan B:
> Membeli langsir untuk Makmal Komputer A dan B
Makmal Komputer A:
> Memperbaiki siling yang bocor
> Memperbaiki air-con
Bilik Sumber:
> Portable Screen

Menurut Encik Adnan bin Abdul Rahman Guru Penolong Kanan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau, Negeri Sembilan:

'Beliau seorang yang komited terhadap tugas, prihatin, penyayang tetapi tegas, dan amat mementingkan disiplin di kalangan guru dan pelajar.'
http://uresslib.blogspot.com/2009_08_01_archive.html

Kini, Tuan Haji Rafiei bin Mustapha berkhidmat sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor.
Kami mengalu-alukan kedatangan penceramah jemputan ke UPSI.

 Tuan Haji Rafiei bin Mustapha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan