Selasa, 28 Februari 2012

Peringatan Kepada Pelajar yang Bakal Menjalani LM

Semua pelajar (ISMP/DPLI) yang akan menjalani Latihan Mengajar, hendaklah mematuhi syarat-syarat Kementerian Pelajaran Malaysia yang dinyatakan dalam surat-surat pekeliling Ikhtisas:


i)   Garis Panduan Pakaian guru ketika bertugas di sekolah.
ii)  Penggunaan waktu tidak mengajar / waktu luang (free period) oleh guru.
iii) Penggunaan budi bicara ketika mengambil tindakan.
iv)  Peraturan-peraturan cuti.
v)  Panduan keselamatan diri pelajar semasa mengajar Pendidikan Jasmani Kesihatan serta kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di luar kawasan sekolah.

Selasa, 21 Februari 2012

Senarai Penyelaras Latihan Mengajar Sesi II 2011/2012

FSKIK

              

                      Puan Noriza Nayan         Encik Hassan bin Mohd Ghazal
                     Teknologi Maklumat                            Seni



Cik Amily Shafila binti Shariff
Multimedia


FPPM

                 

           Encik Mohd Arifin bin Ghazali    Encik Mohamed Fawzi bin Yusof
                  Pengajian Pendidikan                      Pendidikan Khas


              

                     Dr. Loy Chee Luen        Encik Che Anuar bin Che Abdullah
                       Awal Kanak-kanak             Bimbingan dan Kaunseling


FPE


Encik Ibrahim bin Tamby Chek
Perakaunan


FMSP


Encik Mohd Azam Sulong
Muzik


FBK

                          

        Encik Mohammad Sidik bin Ariffin     Encik Nik Hassan Basri bin Nik
                                TESL                                       Bahasa Melayu


                          

                      Dr. Ani binti Omar      Encik Ang Thiah Huat @ Ang Thian Huat
                     Kesusasteraan Melayu                     Bahasa Cina          



FSSKJ

                
  
               Encik Omar bin Md Salleh      Encik Sadzali bin Hassan
                   Sains Kejurulatihan                         Sains Sukan




FSMT

              

             Dr. Fatimah binti Mohamed        Dr. Azhar bin Ahmad
                           Biologi                                  Matematik



              

            Puan Norhayati binti Hashim      Tn Hj Shaharudin bin Ali
                          Kimia                                                  Fizik


FSK

              

     Dr. Rahimah binti Wahid       Encik Samsudin bin Suhaili
                    Pengajian Malaysia                 Pendidikan Moral


                        

     Dr. Mohd Noor bin Daud      Puan  Siti Zahrah binti Mahfood
                  Pengajian Islam               Pendidikan Sejarah (DPLI)



FPTV


Prof  Madya Dr. Mohamad bin Abu Bakar
Kemahiran Hidup
















Jumaat, 17 Februari 2012

UPSI dan KUPU SB


Pihak Latihan Mengajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei yang telah menjalinkan kerjasama dengan pihak UPSI dengan mengadakan beberapa program kerjasama antara kedua-dua institusi pengajian tinggi ini. 

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, kerjasama antara kedua-dua pihak telah bermula daripada wujudnya Program Latihan Mengajar ke Brunei Darussalam. Selepas ini, akan berlaku lagi beberapa program hasil daripada kerjasama kedua-dua pihak ini, seperti Program Latihan Mengajar Pelajar-pelajar KUPU SB ke Negeri Perak Darul Ridzuan yang masih lagi berada dalam peringkat perbincangan.

Diharapkan selepas ini akan ada lebih banyak kerjasama antara kedua-dua UPSI dan KUPU SB. Semoga hubungan baik yang dijalinkan akan memberikan impak positif kepada kedua-dua pihak.

Laman Web Terbaru BPAQ

 Wajah Laman Web BPAQ yang sedia ada.

Laman Web terbaru BPAQ bakal dilancarkan pada awal bulan Mac 2012. Laman web ini akan menggantikan laman web sebelumnya dengan wajah dan paparan yang lebih menarik dan berinformasi. Marilah kita nantikan kemunculan laman web terbaru BPAQ!

Khamis, 16 Februari 2012

Info Terkini ULMI

MAKLUMAT KENAIKAN HARGA BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR barugif

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak KOUPSI telah menetapkan harga baru bagi Buku Persediaan Mengajar. Kadar harga adalah seperti berikut  : -      

Harga Dahulu         : RM 20.00 / naskah  
Harga Sekarang      : RM 22.00 / naskah
Tambahan Harga    : RM  2.00 / naskah


TUNTUTAN ELAUN KHAS GURU PEMBIMBING DIPLOMA PENDIDIKAN MARA


Adalah dimaklumkan bahawa pihak Unit Latihan Mengajar & Industri TIDAK MENGURUSKAN sebarang tuntutan elaun khas guru pembimbing bagi pelajar-peajar Diploma Pendidikan MARA yang telah selesai menjalani Latihan Mengajar baru-baru ini.

Sebarang masalah sila berhubung terus dengan Unit Diploma Pendidikan IPS atau MARA.


     

Agenda ULMI

Pada 23 Februari 2012 (Khamis), ULMI akan mengadakan Bengkel Perkongsian Kepakaran Bersama Pengetua Cemerlang dengan tajuk, Guru Cemerlang: Cabaran dan Resipi Kejayaan.

Bengkel ini akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu, Tuan Haji Rafiei bin Mustapha. Beliau merupakan bekas Pengetua Cemerlang dan pernah berkhidmat di beberapa sekolah dari Semenanjung Tanah Air sehinggalah ke Borneo. 

Sedikit sebanyak sumbangan yang telah beliau berikan semasa menjadi Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Kedit, Betong adalah seperti berikut:
Peralatan ICT melalui akaun EEP:
> Projektor
> OHP (Dynascan)
> Perisian QBank, IBank
> Digital Microscopes
> Digital Vision Viewer
Peruntukan Tingkatan 6 Rendah:
> Digital Kamera
Keceriaan Makmal Komputer A dan B:
> Membeli langsir untuk Makmal Komputer A dan B
Makmal Komputer A:
> Memperbaiki siling yang bocor
> Memperbaiki air-con
Bilik Sumber:
> Portable Screen

Menurut Encik Adnan bin Abdul Rahman Guru Penolong Kanan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau, Negeri Sembilan:

'Beliau seorang yang komited terhadap tugas, prihatin, penyayang tetapi tegas, dan amat mementingkan disiplin di kalangan guru dan pelajar.'
http://uresslib.blogspot.com/2009_08_01_archive.html

Kini, Tuan Haji Rafiei bin Mustapha berkhidmat sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor.
Kami mengalu-alukan kedatangan penceramah jemputan ke UPSI.

 Tuan Haji Rafiei bin Mustapha

Selasa, 14 Februari 2012

Kiriman Gambar dari Brunei

Gambar sekitar sekolah di mana guru pelatih UPSI ditempatkan untuk menjalani Latihan Mengajar di sana.


Bahasa yang digunakan di SUAMPRIPAD.

 Lobbi Maahad Tahfiz Brunei

Moto Sekolah SUAMPRIPAD

Pengetua Maahad Tahfiz Al-Qur'an Hasanul Bulqiya

Senarai Pengetua Maahad Tahfiz Brunei

Surau Maahad Tahfiz Brunei

Jumaat, 10 Februari 2012

Program Latihan Mengajar telah sampai ke Negara Brunei Darussalam

         Sepuluh pelajar Semester 7 daripada Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian  telah dipilih untuk menjalani program latihan mengajar selama 16 minggu di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Program yang julung kalinya diadakan ini adalah kerjasama antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Kolej Universiti Perguruan Agama Seri Begawan, Brunei (KUPU SB). Kejayaan usaha pengantarabangsaan program latihan mengajar ini bertitik tolak daripada inisiatif Dr. Shakinaz binti Desa, Pengarah Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti yang telah mengadakan lawatan rasmi ke Kementerian Pelajaran Brunei dan beberapa buah institusi pendidikan di Bandar Seri Begawan pada 22 hingga 25 Julai 2011. Lawatan yang turut disertai oleh Ketua Unit Latihan Mengajar ini telah berhasil dengan bersetujunya pihak KUPU SB untuk menerima pelajar-pelajar daripada UPSI bagi menjalani latihan mengajar bertempat di negara Brunei. UPSI juga turut bersedia untuk menerima pelajar-pelajar dari institusi pendidikan berkenaan untuk menjalani program yang sama di Malaysia.

                Kumpulan pertama pelajar UPSI seramai 10 orang ini telah pun berangkat pada 27 Januari 2012 ke Bandar Seri Begawan dengan diiringi oleh Dr. Misnan bin Jemali sebagai Penyelia. Pelajar-pelajar yang bergelar Guru Pelatih selama 16 minggu ini dijangka berada di negara berkenaan sehingga 26 Mei 2012. 

                Guru-guru Pelatih berkenaan telah ditempatkan di tiga buah institusi pendidikan iaitu Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Hassanal Bolkiah, Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah, dan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit. Mata pelajaran yang dipertanggungjawabkan kepada Guru-guru Pelatih ini termasuklah Pengetahuan Agama Islam (IRK), Al-Quran, Tajwid, Hafazan dan Amali, serta mata pelajaran yang lain bersesuaian dengan objektif program latihan mengajar itu sendiri.

             Semoga misi untuk mengantarabangsakan latihan mengajar ini akan memberi manfaat yang besar kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Semoga program ini akan berterusan dengan penghantaran kumpulan-kumpulan yang seterusnya.


Isnin, 6 Februari 2012

Staf-staf Latihan Mengajar dan Industri UPSI

Berikut merupakan carta organisasi Latihan Mengajar dan Industri Universiti Pendidikan Sultan Idris:


Jika anda mengalami masalah, anda akan berurusan dengan barisan Pembantu Tadbir yang peramah dan mesra seperti di atas.

Sabtu, 4 Februari 2012

Page Latihan Mengajar UPSI di Facebook.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Latihan Mengajar UPSI kini telah melangkah setapak lagi dengan mewujudkan Page Latihan Mengajar UPSI di laman sembang Facebook. Anda bolehlah menekan butang LIKE atau SUKA pada page tersebut untuk melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak kami. Banyak foto aktiviti dimuat naik di sana. Jumpa anda di sana!





Link Page Latihan Mengajar UPSI:

Jumaat, 3 Februari 2012

Hubungi Kami

 Ketua Unit (Latihan Mengajar dan Industri)
 
  Tel : 05-4506437

Penolong Pendaftar
» Pn. Nooraini Abu Kassim
  Tel : 05-4506827

Pembantu Tadbir
» Pn. Zakiah Hanum Mohd Zainal
  Tel : 05-4506826
   

Pembantu Tadbir
» En. Mohd Firdaus Mohamed Yahya
  Tel : 05-4506825
  Email : mfirdaus@upsi.edu.my 

Pembantu Tadbir
  Tel : 05-4606825
                            

Khamis, 2 Februari 2012

Pembuka Kata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kini pihak Latihan Mengajar UPSI telah melancarkan blog rasmi Latihan Mengajar UPSI dengan tujuan untuk berkongsi maklumat dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak kami. Diharap dengan kewujudan blog ini, dapat memberikan info berguna kepada para pembaca terutamanya para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.